Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar baharu program Sarjana Muda/ Sarjana Muda Pendidikan Semester 1 Sesi 2025/2026 (A251) yang ingin memohon pengecualian kredit bagi kursus Universiti di bawah kendalian Fakulti Sains Kemanusiaan sahaja.

Sila lengkapkan permohonan melalui:BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN/PEMINDAHAN KREDIT SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (A251), FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN (FSK) BAGI KURSUS UNIVERSITI

Permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) . Permohonan perlu disertakan bersama Transkrip Akademik dan Sinopsis Kursus.

Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Peringkat Sarjana Muda (Pindaan) 2023 adalah dirujuk:

“Perkara 3.7.2; Pemindahan Kredit Tanpa Gred (Pengecualian Kredit) telah menetapkan permohonan pengecualian kursus boleh dibuat oleh pelajar semasa mereka berada dalam semester pertama iaitu dalam tempoh empat (4) minggu selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti.”

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pengecualian kredit bagi pelajar selain daripada semester satu adalah tidak dibenarkan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila hubungi:

05-4506320 / 05-4505007
atau emailkan kepada : shikin.zaman@upsi.edu.my/norhafiza.mr@upsi.edu.my/ info@fsk.upsi.edu.my
google form : Click Here