Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa minggu tambah dan gugur kursus secara atas talian sepenuhnya akan bermula seperti berikut:
MINGGU TAMBAH KURSUS | MINGGU GUGUR KURSUS |
21 Mac 2022 hingga 03 April 2022 Denda Bermula : 04 April 2022 | 21 Mac 2022 hingga 15 Mei 2022 Denda Bermula : 16 Mei 2022 |
3. Untuk makluman tuan/puan, minggu tambah dan gugur kursus akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin menambah kursus, pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah masih mengikut pakej yang ditetapkan oleh pihak fakulti.
4. Pelajar perlu mendapatkan penasihatan akademik daripada penasihat akademik masing-masing sebelum proses tambah dan gugur kursus dilaksanakan. Sepanjang tempoh minggu tambah dan gugur kursus, kerjasama pihak fakulti juga diperlukan untuk memaklumkan kepada pensyarah di fakulti tuan/puan agar membuat ‘approve’ atau ‘reject’ dalam sistem IMS apabila pelajar membuat penambahan kursus sepanjang tempoh tersebut.
5. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Notis Pengumuman untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Mohon kerjasama fakulti dan kolej untuk membuat hebahan menyeluruh tentang pengumuman ini kepada semua pelajar dalam dan luar kampus.
Sekian, terima kasih.
Maklumat lanjut sila klik :