ATTENTION TO UNDERGRADUATE STUDENTS FOR SEMESTER 2 SESSION 2024/2025 (A242)

 

Pelajar boleh melakukan tambah dan gugur kursus sendiri secara atas talian sepenuhnya, melalui portal MySIS mengikut pakej yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.

Sekiranya kursus tersebut telah penuh dan tiada dalam senarai kursus sistem MySIS, pelajar perlu berurusan di fakulti masing-masing atau fakulti yang menawarkan kursus.

Bagi kursus yang ditawarkan FSK, tatacara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan mendaftar kursus boleh didapati di laman web FSK. Pautan borang: https://fsk.upsi.edu.my/wp-content/uploads/2025/03/FSK-Borang-Pendaftaran-Kursus-2025-update.pdf
  • Lengkapkan borang dan berhubung dengan pensyarah kursus yang berkenaan untuk kelulusan.
  • Emelkan borang yang telah lengkap diisi dengan pengesahan dan kelulusan pensyarah kursus kepada jabatan yang menawarkan kursus tersebut. Pelajar juga boleh hadir bersemuka ke jabatan yang menawarkan kursus
  • Permohonan yang lengkap diterima akan diproses oleh fakulti dalam tempoh 3 hari bekerja .

Nota: Borang permohonan pembukaan kuota perlu dihantar melalui emel ke jabatan berkaitan selewatnya pada 28 Mac 2025 jam 4.00 petang