Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran Semester bagi Semester 1 Sesi 2022/2023 untuk pelajar semester 2 dan ke atas bagi program Sarjana Muda secara online melalui sistem UniSIS (Student) akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022 hingga 19 Oktober 2022.

Pelajar yang lewat membuat pendaftaran semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 20 Oktober 2022.  

Semua pelajar program Sarjana Muda adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008. Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008, Perkara 6.1 berkaitan Gugur Status Sebagai Pelajar menyatakan bahawa:-

“Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan berkenaan.”

Pelajar juga dikehendaki mencetak sendiri Jadual Kuliah untuk Semester 1 Sesi 2022/2023 sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran semester melalui UniSIS (Student). Bersama-sama ini disertakan carta alir proses pendaftaran semester.

Sekian, terima kasih.