PERMOHONAN PENGECUALIAN / PEMINDAHAN KREDIT SARJANA MUDA PENDIDIKAN/SARJANA MUDA SEMESTER 2 SESI 2021/2022 (A212)

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 2 Sesi 2021/2022 (A212) yang ingin memohon pengecualian kredit bagi kursus-kursus Universiti di bawah kendalian Fakulti Sains Kemanusiaan, sila lengkapkan permohonan melalui:

https://forms.gle/FchLJaHG2fGBVWCEA

Permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 April 2022. Permohonan perlu disertakan bersama Transkrip Akademik dan Sinopsis Kursus.

Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Peringkat Sarjana Muda (Pindaan) 2020 adalah dirujuk:

“Perkara 3.7; Pemindahan Kredit Tanpa Gred (Pengecualian Kredit) telah menetapkan permohonan pengecualian kursus boleh dibuat oleh pelajar semasa mereka berada dalam semester pertama pengajian selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti.”

Sehubungan itu adalah dimaklumkan bahawa permohonan pengecualian kredit bagi pelajar selain daripada semester satu adalah tidak dibenarkan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila hubungi:05-4506320 / 05-4505007 / 05-4505070 / 05-4506915 / 05-4505040 / 05-4505043