MINGGU PENGESAHAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2020/2021 DAN PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2020/2021

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA : MINGGU PENGESAHAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2020/2021 DAN PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2020/2021

 

MINGGU PRA-PENDAFTARAN KURSUS DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR

1)   Untuk makluman, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan melaksanakan Minggu Pra-Pendaftaran Kursus bagi Semester 2 Sesi 2020/2021  dan Pengesahan Pendaftaran Kursus bagi Semester 1 Sesi  2020/2021 kepada semua pelajar Sarjana Muda.

2)   Mohon kerjasama pelajar untuk mengambil perhatian akan perkara berikut :

Ø   Pilih dan daftar kursus-kursus mengikut struktur pengajian (rujuk buku panduan fakulti) dan pakej yang telah ditetapkan dalam sistem mysis pelajar semasa pendaftaran dilakukan. (pelajar perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan)

Senarai kursus yang akan ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2020/2021 boleh didapati melalui fakulti masing-masing dan hebahan portal (https://myupsi.upsi.edu.my/)

Ø   Sila layari laman sesawang berikut untuk mendaftar kursus: https://emysis.upsi.edu.my/login.jsp

Ø    Semak dan sahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 1 Sesi 2020/2021

1)   Pelajar dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti kursus-kursus yang pelajar telah daftarkan.

2)   Pelajar yang ‘REJECT’ kursus pada sistem pengesahan kursus, WAJIB mengemukakan surat rasmi yang telah disahkan oleh pensyarah kursus kepada Unit Penjadualan dan APEL, BHEA melalui emel staf mengikut fakulti masing-masing seperti yang dinyatakan dalam jadual.

3)   Catatan ‘REJECT’ pelajar tidak boleh dianggap sebagai gugur kursus sehingga pelajar kemukakan surat rasmi tersebut.

Maklumat lanjut, sila layari : https://portal3.upsi.edu.my/publicNews.jsp?newsID=3117

Sekian, terima kasih

Leave a Comment